Ramadhan datang lagik
October 10, 2005 by avanseria
Hai all.. ituhlaa.. cerite jaws and aquaria tak tau bile akan bersambung.. maybe y’all just wait our second visit bile school holiday nanti.. Bukan ape saje nak tunggu anak buah yang dekat kampung cuti so that boleh dedahkan dioang skit dengan mende2 nih.. as i said before this place is really amazing for kids…
So.. here it comes again. RAMADHAN al- Mubarak..Bulan mulia yang selalu kite rindui.. Heheheh.. This is pengalaman kedua berpuasa dan berbuka sambil melayani karenah si kecil Mariam.. Mase tawun lepas die kecik lagik..so dekat2 nak berbuka tuh tidokan die duluk jadik takderlah kecoy sangat biler berbuka..Tapi kali nin.. alahaiiiii.. oang berbuke pon dier buke same.. orang lain takperlah makan..die tak, duk kehulu kehilir kacau pinggan nasik oang..
Ramadhan kali ni betul-betul berlainan… menguji kesabaran dan keimanan.. All this things berlaku surrounding me.. kat rumah, ofis dan lain-lain. (Kat rumah cume melayan kerenah anak kecik yang banyak akal jer..) kat ofis plak tekanan kerja yang banyak akibat kelalaian besar senior officer yang memberi impak yang kurang sihat pada cash flow syarikat..menyebabkan officer-officer muda seperti aku terpaksa meragut semua kerja-kerja (of course out of my line and field) dengan pantas… Sebenarnye jika dilihat banyak sykt of course especially developer dan contractor seperti kami cam dah terbiase dengan semua bende nak di settle kan before Ramadhan.. even pembayaran pada subkontraktor pun mesti within Ramadhan.. kononyer nak bagi duit raya…
Cam kami sekeluarga… ish.. banyak jugak dugaan kami berdue.. si hubby hilang handphone..aku lakz ilang duit.. haiiii… dah terjadi ape nak kate jadikan la pengajaran. Baru Ustaz Sujak ( ustaz yg dijemput untuk kuliah agama di ofis every thursday) cakap.. itu semua qada’ dan qadar.. pada sekian-sekian hari Allah telah menetapkan sesuatu perkara itu berlaku, semuanya untuk menguji keimanan.. hanya terserah pada hati manusia untuk menilai dugaan tersebut sama ada boleh menerima sebagai takdir (walau telah cuba dielakkan). Sekurang-kurangnya dugaan yang diberikan itu ada hikmahnya..terutama untuk menyucikan dosa-dosa kecil yang telah kita lakukan…
Dan baru hari tersebut aku boleh menerima pemergian Allahyarham Ismail bin Hj Ali dengan sepenuh hati walhal pemergiannya telah menjangkau dua tahun. Sebabnya hingga dugaan yang terbaru diterima tuh dan biasenye jika ada masalah dan kesusahan yang datang menjenguk hati, aku pasti meratapi pemergian tokoh kesayanganku.. tak taulah kenape.. mungkin kami sangat rapat…
So.. to wish you all Ramadhan Al Mubarak ni.. all frens.. yang mana aku kenal since primary, secondary dan jugak mase kat UM.. also mase bekerja.. Hayatilah bulan Ramadhan ini sebaiknya.. terlalu banyak peristiwa-peristiwa ganjil yang berlaku akhir akhir ini.. Bulan Mulia ni mungkin giliran kita pula yang akan menemui Lailatul Qadr..Amin.
Selamat berpuasa.. Selamat Berbuka dan Selamat bersahur..
Dari Azura n Ayie juga si kecil Mariam Nafeesa
