Seorang Ibu : Dugaan dan Ketentuan
May 14, 2006 by avanseria
Ketabahan seorang yang bergelar ibu..Dugaan dan Ketentuan..
For me.. saat yang paling indah dalam hidup sebagai seoarang perempuan yang berkahwin sudah tentulah ketika mendapat tahu diri sedang berbadan dua.. i’m really sure that im not alone to standing with this thought..Tapi bagaimana perasaannya jika bayi yang baru lahir itu tidak langsung mempunyai kesempatan untuk menjalani kehidupan seperti biasa dan kembali kepangkuanNya semula selepas itu..? Tertahankah perasaan dan naluri seorang ibu untuk mengahadapinya… Aku sentiasa bermohon kepada Tuhan untuk kerahmatan kehidupan, keredhaan dunia dan akhirat dan keselamatan hidup Mariam Nafeesa di saban solat..
.
3 Januari 2006… Seorang ibu telah melalui detik-detik gembira kerana telah melahirkan seorang puteri yang comel bernama Alesha Abriza..Alesha minggu pertama usianya didunia menghidapi sakit-sakit kebiasaan putera-puteri kecil lain yang baru lahir.. kebiasaanya seperti kembung perut dan demam kuning.. Bagi sesetengah ibu bapa baru inilah pengalaman yang tidak banyak, pasti sikit pun mereka akan lalui apabila baru bertukar status..namun bagi dua orang insan tabah ini sakit kebiasaan yang dialami oleh puterinya merupakan satu titik permulaan untuk segala ujian yang diberikan..
Aku sendiri..jika berada di tempat ibu tabah ini mungkin tidak dapat menerima keadaan dimana cahayamata itu hanya sempat berada dirumah untuk beberapa hari… Lebih-lebih lagi kemudiannya disahkan pula menghidapi masalah ALP yang rendah dimana tulang puteri kecil ini semakin mereput hari ke hari. Bertitik dari situ doktor seakan memberi amaran bahawa nyawa si kecil ini tidak berpanjangan…
Aku mula meletakkan diriku sendiri ditempat ibu yang tabah ini.. dan bile aku berteleku seketika selepas membaca luahan hati dan perkembangan puteri kesayangannya.. kerongkong ku seakan tersekat..dengan tidak dapat aku tahan.. air mata jatuh jua.. kenapa perlu bersedih?? Aku bukan kenal siapa mereka? Tidak!! Sebab aku hanya insan biasa..dan hubungan sesama insan untuk mengasihi dan mengasihani itu telah Tuhan letakkan dalam hati manusia walau sedikitpun..
Bagi ibu yang tabah ini.. reaksi si puteri yang lemah lesu dan longlai dengan segala macam benda yang diselubungi di seluruh badannya merupakan satu penawar baginya.. Senyuman si puteri dalam keadaan kesakitan..kerdipan mata si puteri dan pegangan erat tangan kecil itu amat bermakna bagi mereka si ayah dan ibunya.. dan ibunya.. di kejauhan ibu mana yang tidak pilu apabila dibatasi dengan jarak untuk menjaga si puteri dengan lebih rapi..dan tugas tersebut terpaksa diserah sepenuhnya kepada Jururawat Hospital yang menggelarkan diri mereka sendiri sebagai ibu kepada puteri tersebut…
"…Terasa semacam ingin ku bawa lari sahaja anak itu, biar dia sentiasa berada disamping!!! telah terlalu lama kami terpisah!!! Alesha kuat la… harapan ibu, Lesha akan segera kembali…"
Ya…memang betul kata ibu yang tabah itu bahawa senyuman pertama anak itu ibarat bunga ros yg harum di waktu pagi dan kekal sepanjang hayat ….
Setiap nafas Alesha Abriza umpama laut yang ada pasang dan surutnya.. Seketika doktor mengatakan dia stabil dan tidak memerlukan bantuan oksigen lagi..dan seketika dia perlu diberi bantuan semula.. saat ia menunjukkan perkembangan yang baik saat itu juga puteri kecil ini akan mengalami komplikasi lain.. kami pengunjung tetap diari ibunya tidak henti-henti melahirkan rasa, menguatkan semangat ibu dan bapanya dan mendoakan Alesha.. Sudah tentu terkadang kekuatan ibunya yang mula goyah meruntun hati aku dan suami kerana pada mereka sepenuhnya kami sandarkan kekuatan kami untuk tetap membaca perkembangan terkini puteri kecil itu..
"Ya Allah, sesungguhnya Nabi S.A.W pernah bersabda " Allah lebih dahulu memakbulkan doa seorang wanita (ibu) kerana wanita itu lebih penyayang dari lelaki (bapa).." dan "Doa kedua-dua ibu bapa tu makbul ke atas anaknya"…. Allah makbulkan doa kami, kami tidak meminta banyak, hanya kesembuhan ke atas anak kami, dan kami merayu Mu, Allah, pulangkanlah amanah Mu ke atas kami itu, kami berjanji akan menjaga amanah Mu itu dengan jiwa dan raga kami… Allah… aku terlalu rindukan anak itu, aku terlalu kepinggin untuk memeluknya, mendodoinya, menciumnya.. Allah berikanlah daku peluang untuk menjadi ibu dan sesungguhnya aku Redha atas kehendak Mu…." itulah antara doa dan pengharapan ibu puteri itu… bagaimana perasaan ibu tersebut setelah sebulan lamanya anak itu berjauhan darinya lebih-lebih lagi keadaan ibu yang masih belum habis pantangnya..
.
Mac 2006..Mereka mendapat berita bahawa kalsium yang diperolehi dari susu rupanya tidak kesemuanya menjadi tulang belulang dalam badan Alesha Abriza, sebahagiannya terus memasuki darahnya dan berpotensi meracuni badannya. Ketika ini aku bertanya sendiri.. mengapa dugaan ini berlaku pada si kecil ini.. separuh tidak menerima akan apa yang ditanggung oleh Alesha..manakan mungkin satu-satunya makanan yang diperlukan oleh badannya menjadi racun baginya..!! Namun..itulah dugaan yang diberikan Tuhan pada hamba-hambanya yang terpilih.. Manusia tidak layak sama sekali untuk mempertikaikan apa yang telah ditakdirkan berlaku.. Setelah menyedari keterlanjuran fikiranku itu, kemudiannya aku beristighfar sendiri.." Ya Allah, jangan kau palingkan hati ini selain dari mu Ya Allah…"
Selain ibunya aku dan suami turut mengagumi ketabahan ayah si puteri ini yang sanggup menemani anaknya saban hari di setiap kelapangan masa. Sungguh berat bagi seorang suami dan ayah kerana tanggungjawabnya.. Di ketika itu pula..isteri kesayangannya amat memerlukan sokongan moral.. Setiap malam si ayah bersolat hajat memohon kesembuhan puterinya. Sehingga mengeluarkan sendu dan tangisnya ketika sujud kepada Yang Maha Esa dikala memohon rahmatNya..
.
Membawa ke bulan April.. setiap nota ibunya aku baca.. setiap perkembangan Alesha yang dikhabarkan oleh ibunya memberi kepuasan kepadaku..Aku juga seakan tidak segan menganggap Alesha - Insan yang Terpilih itu sebagai puteri ku sendiri.. Di saat kunjungan-kunjungan ibunya ke hospital..Alesha terkadang menunjukkan reaksi supaya ibunya tidak meninggalkan dia lagi.. Dipegang erat jari ibunya walaupun sedang lena tidur seakan tidak mengizinkan ibunya pulang.. Sungguh..kasih sayang ibu dan anak amat ajaib sekali..kasih sayang itulah yang menjadi Alesha seorang pejuang yang sejati.. Kami yang agak ramai menjadi pengunjung tetap diari ibunya tidak putus-putus melakarkan doa untuk Alesha..memohon agar keajaiban berlaku ke atas Anak Adam ini.. Si ibu tidak henti-henti memanjatkan kesyukuran tatkala ada tanda-tanda kesembuhan Alesha walaupun sebesar kuman..! Sesungguhnya Dialah Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang..
|
Di ketika ini jugalah..pasang surut kesihatan Alesha masih juga berulang sehingga doktor sendiri telah menasihatkan agar si ayah membuat pilihan..Kedua-dua pilihan yang hasilnya tetap sama..Kesakitan dan keperitan kepada Puteri Kecil ini tanpa jaminan yang ia akan sembuh..Apa kata suamiku..? Dia mengatakan kalau ini diletakkan ke bahunya…dia pasti berputus harap.. Si ibu kemudiannya seakan dapat mendidik diri agar menerima ketentuan yang bakal berlaku..Apa yang menjadi harapannya ketika ini, cuma satu, biarlah Alesha dapat kembali ke rumah… walau apapun kesudahannya, biarlah ianya terjadi di rumah mereka, ketika Alesha berada di pangkuannya, di pelukkannya……. . Mei 2006.. Alesha menunjukkan improvement yang baik..sudah boleh berinteraksi dengan alam sekeliling.. ini lah perkhabaran gembira buat si ibu dan ayah serta kami yang sentiasa menjadi pengunjung tetap diari si ibu.. lebih-lebih lagi doktor juga telah menwar-warkan Alesha boleh dipindahkan ke Wad Biasa dan juga Hospital berhampiran tempat ibunya.. namun berita gembira itu disogokkan hanya sekejap cuma.. Puteri kesayangan ‘kami’ Alesha Abriza kemudiannya kembali kritikal.. Si ibu yang tabah ini telah longlai tangannya untuk membingkiskan sesuatu buat kami..lama juga dia menyepi..kami mula kerisauan.. Si ayah pula menanggung beban kata dua yang di berikan oleh doktor.. "…Sepanjang malam saya bermunajat, memohon harapan, meminta ihsan, merayu simpati dan menagih rahmat dari Allah, tuhan Yang Maha Besar, Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dari Hajat, tahajud ke Istikarah sehingga ke taubat, solat malam saya lakukan. Mohon petunjuk dari Allah. Keputusan yang bakal saya buat, pastinya akan menghantui hidup saya selama-lamanya. Setiap hela nafas dan kedipan mata selagi saya bernyawa, pasti akan menyimpul satu penyesalan dan rasa bersalah selamanya. Keputusan yang bakal saya buat ini pasti akan menjadi dosa saya kepada Alesha Abriza, yang menjadi harta, pengarang jantung, ubat rindu saya selama ini. Saya tahu, Alesha pasti faham akan keputusan yang papanya buat ini. Anakku, papa terpaksa biarkan dikau pergi dengan aman! Papa tahu dikau pasti akan berada didalam rahmat Allah di sana. Kalau Allah makbulkan permintaan papa, papa sanggup menjadi galang-gantinya. Biar papa sahaja pergi mengadapNya, dan bukannya Alesha, kerana mama lebih memerlukan Lesha. Tapi Nak.. papa perlu menjaga mamamu. Mamamu perlukan sokongan papa. Mamamu pernah berkata, jangan sesekali papa mohon bertukar tempat denganmu, kerana sekiranya terjadi, dia akan menyusul papa pula!. Alesha, namamu dipilih sendiri oleh ibumu. Katanya Alesha bermaksud ‘Dilindungi Tuhan’. Katanya lagi, moga dengan nama itu, anak yang bakal lahir nanti sentiasa dilindungi Allah dan menaung di bawah lindungan rahmatNya. Anakku, sekiranya nanti, dikau mengadapNya. Tolonglah ibumu di sana. Sekurang-kurangnya, papa tahu, ibumu punya penyelamat di sana…. Maafkan papa, Alesha… maafkan papa! Kerana sesungguhnya papa tidak dapat memaafkan diri papa selamanya…." Di saat ini senduku sendiri tidak tertahan.. aku mula memandang si kecil Mariam Nafeesa.. aku akui masa bersama Mariam Nafeesa tidak banyak contributenya dalam jadual harianku sehari-hari.. kini bila menjelang petang di office aku sudah mula merindui Mariam dirumah… sungguh wajib amanah Allah ini aku sempurnakan kasih sayang dan didikan setelah menyedari ada insan lain yang mempunyai kasih sayang yang melimpah ruah tapi tidak berkesempatan dan diberi peluang untuk meluahkannya… Alesha Abriza di wad biasa.. mungkin ramai juga yang mengunjungnya.. aku juga ingin turut serta.. tetapi ..Maaf ku pohon..buat Alesha dan keluarga aku tidak sekuat mereka untuk melihatmu dengan mata sendiri..Aku tidaklah setabah mana untuk berdepan dengan ibumu yang sudah tentu berwajah kesayuan.. hanya diari ibumu yang terdaya aku lawati.. bukan tidak mahu berkongsi simpati..tetapi aku tidak mahu ibumu tidak putus-putus mengalirkan air mata apabila melihat kesedihan kami.. Aku mungkin boleh mengatakan bahawa aku mengerti dengan apa yang ditanggung ibumu nak..! Tetapi sejauh mana penderitaan itu hanya ibumu yang boleh menjelaskannya.. Berbanggalah Alesha mempunyai ibu dan ayah setabah mereka.. Darah juang mereka mengalir kepadamu Alesha… Kami tidak putus-putus mengharapkan Kerahmatan Allah ada bersamamu… . Bermula 11 Mei ibumu menjagamu.. itu yang dikhabarkan kepada kami.. sungguh riang hatinya dapat menjagamu selama beberapa hari.. Kami pengunjung tetap diari ibumu juga seakan memberi izin sekiranya ibumu tidak berkesempatan untuk mengkhabarkan sesuatu buat kami.. Namun mungkin itu yang ditunggu olehmu Alesha Abriza.. Kau menunggu ibumu disamping.. ketika berjauhan dengan ibumu kesihatan mu ada pasang surutnya..sehingga membawa kepada improvement dan sehingga dilepaskan oleh doktor untuk berpindah ke hospital berhampiran ahli keluargamu.. Memang dirimu datang kepada ibumu.. dan sehingga 13 Mei ibumu menyepi.. kami tertanya sendiri.. mungkin terlalu gembira si ibu dapat menjaga puterinya sepenuh masa.. Tapi keadaan berbeza.. Alesha Abriza.. kau pergi jua.. aku yang sudah tentu tidak mempunyai apa-apa pertalian denganmu, bukan siapa-siapa, cuma sebagai seorang yang bergelar ibu, berita ini turut berupaya menyentap jantungku…aku terkesima..terpaku seketika..dan menangis.. berita yang ku dengar kau menghembuskan nafas yang terakhir pada 13 Mei 2006 di subuh keheningan.. aku tidak mendengar apa-apa berita dari ibu mu.. tiada bingkisan darinya lagi.. Lebih-lebih lagi dia sudah terdahulu memohon maaf dari kami sekiranya sudah lama dia tidak menggarap, kekuatan itu mungkin telah direntap.. Alesha Abriza.. kami tidak putus-putus mengharapkan Kerahmatan Allah untukmu selama ini.. dan inilah RahmatNya.. supaya tidak perlu kau menanggung kesakitan lagi… Alesha Abriza.. damailah kau disana nak! Kaulah bidadari syurga yang akan membantu ibumu satu hari nanti..Itulah pembalasan kepada ketabahan ibumu selama ini.. Tiada orang setabah dia…Al-Fatihah buat Alesha Abriza… . Terima kasih kepada Zaimah kerana berkongsi rentetan hidup Alesha Abriza bersama kami.. Sesungguhnya pengalamanmu mengajar diri ini agar menghargai anugerah yang diberikan..amanat yang diberikan.. Hari ini aku telah mematrikan kedalam diri tidak akan ku sia-siakan kasih sayangku sebagai seorang ibu terhdap Puteriku Mariam Nafeesa.. tiada lagi harta yang lain buat mama selain dari mu..dan hari ini apabila doktor telah mengesahkan bahawa kau telah dijangkiti asma… hati mama seakan berdegup kencang dan lidahku terkelu… Akan ku jaga dirimu dengan rapi sayang.. Dan aku sentiasa bermohon Kerahmatan, Keredhaan Allah dan keselamatanNya mengiringi kehidupan mu sampai akhir hayatmu….. Note : Untuk ke diari si ibu ini..sila klik Link Alesha Abriza di sebelah kanan side bar.. |
|
begitulah pengorbanan seorang ibu..memang tiada yang ternilai untuk kita gantikan dengan wang ringgit. Terharu saya membaca coretan saudari disini…
malah saya juga pengunjung setia ke fp milik zaimah dan suaminya….
lebih memilukan jiwa, saat lagu “Terlalu Istimewa” kedengaran di corong2 radio.